Sunday, 25 September 2011

1.0 Tajuk: "STORM STRIKER"


Bagi Kursus Pergerakan Asas (Elektif 1) ini, kami telah memilih Permainan Kanak - Kanak kategori Serangan/Kawasan.

Nama permainan yang dipilih adalah:


"STORM STRIKER"


Nama ini merujuk kepada bentuk permainannya yang menyerang antara satu sama lain bagi setiap pihak lawan. Permainan ini juga memerlukan gerakan pantas seperti kilat.

2.0 Matlamat

  • Permainan kanak-kanak yang dibincangkan ini adalah kategori serangan/kawasan. Nama permainan ini ialah ‘Storm Striker’. Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. 
  • Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).  Ia juga berhasrat memupuk budaya bersukan di kalangan murid supaya menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

3.0 Objektif

  • Bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun.
  • Dapat memupuk sikap berkerjasama dalam ahli kumpulan.
  • Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar. 
  • Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum. 
  • Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah permainan serta peraturan permainan tersebut.

4.0 Panduan Pelaksanaan Permainan


4.1 Alatan

  • Bola
Bola


4.2 Prosedur Permainan Kategori Serangan/Kawasan

Pemain
  • Terdiri daripada 2 pasukan
  • 1 pasukan: 4 orang (1 raja)


Contoh: 


Pasukan A


Pasukan B


Panduan permainan ‘Storm Striker’

  • Dimainkan oleh 2 pasukan dan setiap pasukan diwakili oleh 4 orang ahli

  • Setiap pasukan juga mempunyai seorang raja yang perlu dilindungi dari terkena bola oleh pihak lawan.

  • Duit syiling dilambungkan bagi menentukan pasukan mana yang memulakan permainan dahulu.

  • Sekirannya pasukan A memulakan permainan dahulu maka mereka akan menyerang pasukan B dengan menyentuhkan (touch) bola pada raja pasukan B bagi mendapatkan 1 mata.

  • Tetapi dalam masa yang sama pasukan B juga boleh mencuri bola dari pasukan A pada bila–bila masa bagi mendapatkan 1 mata.

  • Pasukan B hanya boleh mencuri bola apabila pasukan A barada didalam rumah pasukan B.

  • Pasukan B tidak boleh mencuri bola daripada pasukan A apbila bola berada di kawasan zon bebas.

  • Sekiranya pasukan A berjaya menyentuhkan bola pada raja pasukan B atau pasukan B berjaya merampas bola dari pasukan A, maka permainan diteruskan dengan menukar giliran kepada pasukan B menyerang pasukan A pula.
  • Kedua – dua pasukan tidak dibenarkan keluar dari kawasan permainan dan sekiranya terdapat ahli dari mana – mana pasukan yang keluar dari kawasan tersebut, maka 1 mata diberikan kepada pasukan lawan.
  • Pasukan yang menyerang tidak boleh membaling bola pada raja pasukan lawan, tetapi hanya boleh menyentuhkan bola padanya.

  • Pasukan yang menyerang boleh menghantar (passing) bola kepada ahli pasukannya dalam apa jua cara.

  • Raja pasukan masing – masing tidak boleh masuk kedalam rumah pasukan pihak lawan.

  • Raja hanya boleh berada dalam rumah sendiri dan di zon bebas seperti gambar rajah tersebut.


4.3 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan


Tempat Permainan

  • Dalam kawasan terbuka
  • Dalam gimnasium/gelanggang badminton



Kedudukan Pemain




Had Pergerakan Permainan


 4.4 Peraturan dan Syarat Permainan




Pakaian 

  • Berpakaian sukan yang sesuai dan kemas. 
  • Setiap kumpulan perlulah memakai pakaian yang seragam kecuali raja.
  • Berkasut sukan dan memakai stokin.


Keselamatan
 
  • Pastikan jarak pemain antara kumpulan yang lain sesuai bagi mengelakkan kemalangan berlaku. 
  • Bola yang digunakan mestilah sesuai dan tidak terlalu keras. 
  • Pakaian yang dipakai mestilah sesuai. (pakaian sukan yang lengkap) 

  • Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan yang rata dan selamat.

  • Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecuaian yang boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa dan selepas permainan.

  • Setiap pemain perlu menjaga keselamatan diri sendiri.

  • Kerjasama dan tanggungjawab setiap pihak amatlah diperlukan bagi kelancaran permainan.

Sekian (n____________n)






Alhamdulillah, kami, Mohd Syauqi bin Abu Hassan, Wan Nor Amalina bt Wan Othman, Tiara Balqis bt Yeop Ahmad, Mohd Hakim bin Zakaria dan Muhammad Zul Fikri bin Mahsim telah berjaya menyiapkan tugasan Pendidikan Jasmani bagi Komponen: Permainan Kanak-Kanak  dalam Kursus Pergerakan Asas (Elektif 1) - PJM 3102. Seribu penghargaan diucapkan kepada rakan sekumpulan dan pensyarah Encik Badrul Zaman bin Abdul Latiff atas sokongan beliau. Kerja ini memerlukan komitmen yang tinggi dan kami berasa amat gembira kerana dapat mengaplikasi kemahiran bersukan yang dipelajari untuk dikongsi bersama. 

Sekian, terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...